Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Berakhirnya Sukan SEA Filipina, Ketua Kontinjen Negara Mohon Maaf

Over confident punca gagal capai sasaran

Published

on

Tiada apa yang mampu diungkapkan Datuk Megat Zulkarnain Omardin selain memohon maaf selepas misi kontinjen negara di Sukan SEA 2019 di Filipina gagal.

Daripada 70 emas yang disasarkan, Malaysia sekadar merangkul 56 emas, antara pencapaian terburuk sepanjang sejarah penyertaan temasya dwitahunan itu.

“Banyak faktor kepada kegagalan ini dan saya akui ia adalah Sukan SEA paling mencabar sepanjang pengalaman beberapa Sukan SEA sebelum ini.”

Menurutnya lagi, kegagalan itu berpunca daripada sukan terlalu yakin atlet dalam beberapa sukan seperti memanah, pelayaran dan tenpin boling selaku juara bertahan.

Lebih mengecewakan, prestasi buruk itu menimpa tatkala Malaysia menghantar kontinjen kedua terbesar bertanding di luar negara selepas edisi Korat 2007 dengan penyertaan 773 atlet membabitkan 52 daripada 56 acara dipertandingkan.

“Faktor kedua, untuk sukan baharu, tiada rekod yang mampu dijadikan rujukan. Jadi kami menerima pandangan persatuan sukan tetapi masih melakukan tapisan. Contohnya, sukan berhalangan yang yakin raih 2 emas, namun akhirnya tak dapat emas.”

Faktor ketiga katanya ialah mutu pengadilan yang agak mencabar.

“Kita hampir kehilangan dua emas jika tidak bersungguh sungguh membiat bantahan. Kita juga kehilangan pingat emas daripada beberapa sukan lain apabila pihak penganjur tidak mengikut peraturan di dalam buku teknikal.”

Malaysia meraih 56 emas, 57 perak dan 71 gangsa, sekali gus menempatkan Malaysia di tempat ke 5 daripada 11 negara yang bertanding.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement