Connect with us
alt_img>

Hiburan

Bengang! Siti Elizad Kecewa Kereta Calar Akibat Kecuaian Pemandu Lain

Siapa yang tak marah kan bila barang yang paling kita suka, kita sayang tiba-tiba disentuh orang.

Published

on

Siapa yang tak marah kan bila barang yang paling kita suka, kita sayang tiba-tiba disentuh orang.

Ini yang terjadi kepada kereta pelakon berbakat, Siti Elizad apabila keretanya dilanggar oleh pemandu yang tidak bertanggungjawab.
Menerusi laman Instagram Elizad, dia meluahkan rasa marah apabila kereta kesayangannya telah dilanggar oleh seorang pemandu dipercayai sedang bermain telefon bimbit.

“Main phone dalam kereta, tak bagi signal. Bila jadi macam ni, tak tahu nak kata apa? Alahaiii, macam manalah awak bawak kereta. Lepas tu tak rasa bersalah dan jalan macam tu je,” tulisnya di ig story. 

Menurut pelakon drama Cinta Tanpa Henti itu, perlanggaran berlaku ketika pemandu kereta tersebut menukar lorong secara tiba-tiba di bulatan kawasan Shah Alam Isnin lalu sambil bermain telefon bimbit.

Lebih teruk lagi, kereta terbabit terus berlalu pergi tanpa rasa bersalah setelah melanggar kereta milik Elizad.

“Yang jenis lari tu, cuma nak cakap terima kasihhh lah dik non, Semoga Allah sahaja yang membalas “kebaikan” awak. I is REDHO,” tulisnya lagi. 

Kasihan Elizad. Semoga tabah dan dimurahkan rezeki selalu.

Mana tahu lepas ni boleh beli kereta baru kan?

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement