Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Benda² Penting Yang Akan Melibatkan Malaysia Tahun 2020

Published

on


Macam mana dengan permulaan tahun 2020 korang? Semuanya ok atau ada yang awal-awal dah K.O? Jangan risau kalau tahun baru korang tak bermula dengan baik sebab tahun 2020 ni ada 366 hari. Ya, betul. Tahun 2020 ni merupakan tahun lompat. Maknanya, ada lebih satu hari untuk korang lengkapkan objektif, matlamat, azam dan sebagainya untuk tahun 2020 ni.

Sebagai rakyat Malaysia, ada beberapa benda penting yang korang kena tahu mengenai Malaysia pada tahun 2020. Salah satunya, tahun 2020 merupakan Tahun Melawat Malaysia. Jadi, setiap rakyat Malaysia kena tunjukkan kecantikkan, keamanan dan keindahan Malaysia kepada dunia luar supaya lebih ramai pengunjung luar negara yang memilih Malaysia sebagai salah satu negara yang wajib dikunjungi pada tahun 2020. Sekarang ni pun zaman media sosial. Lebih mudah untuk tunjukkan betapa cantiknya Malaysia.

Selain daripada Tahun Melawat Malaysia 2020, ada lagi benda penting yang akan berlaku kat Malaysia pada tahun 2020. Mari kita tengok satu per satu.

LARANGAN MEROKOK

Bermula 1 Januari 2020, kompaun maksimum sehingga RM350 akan dikenakan kepada individu yang masih lagi merokok di premis makanan atau restoran.

KERUSI KANAK-KANAK

Penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak (Child Restraint System: CRS) diwajibkan kepada semua kenderaan persendirian di Malaysia berkuat kuasa 1 Januari 2020. Tapi korang jangan cemas. Untuk 6 bulan pertama, takde saman yang akan dikeluarkan kepada individu yang gagal menyediakan kerusi keselamatan kanak-kanak di dalam kereta persendirian. Ada masa lagi untuk survey harga yang mana lagi berpatutan.

HARIMAU MALAYA

Pasukan Harimau Malaya akan kembali mengasah taringnya pada tahun 2020 untuk kembali beraksi dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 pada bulan Mac menentang dua pasukan gergasi bola sepak Asia, UAE dan Vietnam.

Pada bulan November, Harimau Malaya akan turun beraksi di kejohanan Piala AFF 2020 yang melibatkan pasukan-pasukan lain dari negara-negara Asia Tenggara. Edisi sebelum ni yang berlangsung pada tahun 2018, Harimau Malaya berjaya layak ke perlawanan akhir, tapi sayang sekali ditewaskan oleh pasukan Vietnam.

Selain daripada perlawanan skuad senior, skuad muda Harimau Malaya juga akan beraksi di kejohanan bola sepak tertinggi Asia iaitu AFC U-19 Championship 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 14 Oktober 2020.

PIALA THOMAS & UBER

Kejohanan Badminton berpasukan yang melibatkan pasukan lelaki untuk Piala Thomas dan pasukan wanita untuk Piala Uber akan berlangsung pada 16 Mei 2020 di Denmark. Kali terakhir pasukan Badminton Malaysia berjaya menang Piala Thomas adalah pada tahun 1992. Malaysia tak pernah lagi menang Piala Uber.

SUKMA 2020

Sukan Malaysia atau Sukma 2020 akan berlangsung pada 11 Julai 2020 dan Johor merupakan tuan rumah untuk edisi kali ni. Pada tahun 2018 yang berlangsung di Perak, Terengganu merupakan juara keseluruhan selepas berjaya mengumpul 56 pingat emas, 51 pingat perak dan 53 pingat gangsa.

KATALAKI: Bukan Malaysia je yang busy tahun 2020 ni. Kita pun sama gak busy sebab kita rakyat Malaysia.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement