Connect with us
Carta Spotlite Kool

Gaya Hidup

Belum Reda Virus Influenza, Malaysia Perlu Waspada Serangan Wabak Koronavirus Pula!

Published

on


Siapalah tidak risau dengan keadaan gamat apabila tahap kesihatan rakyat semakin terancam dengan penyebaran pelbagai jenis virus dan wabak merbahaya yang pastinya boleh membawa maut. Baru sahaja kita digemparkan dengan serangan virus influenza A yang masih belum reda, kini wabak koronavirus pula menjadi topik perbualan hangat dunia.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan bermesyuarat esok untuk menilai sama ada wabak koronavirus di China sebagai kecemasan antarabangsa, kata WHO semalam.

Mesyuarat itu diadakan susulan penyebaran virus berkenaan dari Wuhan, China yang kini sudah menjangkiti hampir 200 orang, merebak ke beberapa bandar China termasuk ibu kota Beijing dan Shanghai dengan kes keempat dilaporkan di luar China.

Pakar kesihatan Beijing pula menyifatkan penyebaran virus itu berlaku daripada manusia ke manusia.

Jumlah mereka yang didiagnosis dengan virus baru itu sudah meningkat kepada 218 orang.

Beijing dan Shanghai mengesahkan kes pertama mereka semalam, manakala kebanyakan yang lain muncul di selatan wilayah Guangdong dan 136 yang baru dikesan Ahad lalu di Wuhan, menurut penyiar CCTV tempatan.

Suruhanjaya kesihatan tempatan pula mengesahkan kematian ketiga di Wuhan, setakat semalam.

Seorang saintis dari Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, Zhong Nanshan, berkata pesakit boleh dijangkiti virus baru tanpa melawat ke bandar itu.

“Pada masa ini, ia boleh dikatakan terdapat fenomena penularan dari manusia kepada manusia,” katanya dalam temu bual bersama CCTV.

Di Guangdong, terdapat dua pesakit yang dijangkiti oleh ahli keluarga yang melawat Wuhan dan 14 kakitangan perubatan yang membantu pesakit koronavirus juga sudah dijangkiti.

Beliau juga menjangka peningkatan kes menjelang Tahun Baru Cina hujung minggu ini, namun menyatakan keyakinannya untuk membendung penyebaran virus.

Apa itu Koronavirus

Ia daripada keluarga virus yang luas membabitkan selesema biasa hinggalah penyakit lebih serius seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Ketua Jabatan Epidemiologi, Institut Paster, Paris, Arnaud Fontanet, berkata virus baharu terbabit adalah jenis koronavirus yang ketujuh diketahui boleh dijangkiti manusia.

“Kami berpendapat bahawa sumbernya mungkin haiwan yang dijual di pasar dan berpindah dari situ kepada manusia.”

Pemeriksaan ketat di airport

Pasukan bertindak Malaysia yang ditempatkan di semua pintu masuk antarabangsa dan kemudahan kesihatan di seluruh negara terutama Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kini dalam keadaan berjaga-jaga susulan berlakunya wabak koronavirus di Wuhan, China.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam laman Facebooknya berkata, alat imbasan haba dan pusat kuarantin kesihatan di terminal KLIA kini diletakkan pada pemantauan tahap yang tertinggi.

Beliau berkata, pelbagai unit kesihatan yang ditempatkan di lapangan terbang KLIA dan pintu masuk antarabangsa yang lain adalah berperanan bagi melindungi negara daripada pelbagai penyakit berjangkit yang lain daripada kawasan berisiko tinggi.

Media antarabangsa melaporkan 139 kes baharu berhubung dengan koronavirus dikesan pada hujung minggu lepas sejak virus itu dikesan Disember 2019 di Wuhan. Setakat ini, tiga orang mati di China, dengan dua kes dilaporkan di Thailand dan satu di Jepun.

Terdahulu, Dr Noor Hisham berkata, keadaan influenza yang dilaporkan di Malaysia masih terkawal dan ia tiada berkaitan dengan wabak itu di Wuhan. Tetapi KKM akan terus mengawasi keadaan jangkitan kuman dan mengemas kini semua maklumat terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Bharian , Bernama

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement