Connect with us

Hiburan

Bella Astillah Perjelas Isu Jumpa Bekas Suami

Bella mengakui ada bertemu bekas suami, Aliff Aziz.

Published

on

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah mengakui ada bertemu bekas suami, Aliff Aziz.

Walaubagaimanapun, Bella menjelaskan dia ke Singapura sebenarnya bagi memenuhi tuntutan kerja lalu turut membawa anak dan keluarganya.

“Saya ke Singapura kerana ada sesi meet and greet bersama Zizan Razak. Dan apabila lokasi pertemuan itu di Singapura, saya terfikir mengapa tidak saya bawa keluarga bersama. Saya boleh membawa Ayden berjumpa Aliff di sana.

“Semuanya secara kebetulan, bukannya dirancang. Mungkin ramai yang berangggapan kami keluar berdua, tidak. Saya bersama anak dan keluarga,” katanya.

Apa yang Bella lakukan hanya untuk kebaikan anak.

“Saya tahu niat diri sendiri dan hanya saya tahu mengapa. Kalau buat perkara yang tidak baik, sudah tentu Allah tidak suka dan hanya akan mengundang perkara yang tidak baik. Saya buat yang terbaik untuk Ayden.

“Selagi apa yang dibuat mengikut niat, syukur keluarga boleh menerimanya. Jika salah di mata netizen, saya minta maaf,” ujarnya lagi.

Jelas Bella, Ayden menangis dan meraung sewaktu berapa di lapangan terbang untuk pulang kerana mahukan bapanya.

“Ayden sangat gembira sehingga sewaktu tiba di lapangan terbang, dia asyik menangis dan menyebut ‘I want Daddy.’ Saya sedih melihatnya dan harap semua doakan yang terbaik,” kata Bella.

Aliff dan Bella berkahwin pada 9 September 2016 dan memiliki seorang anak lelaki berusia dua tahun. Pasangan ini kemudian bercerai pada 16 Mei 2019.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement