Connect with us
Kool FM

Berita

Beli Petron Gasul bayar guna e-dompet

Published

on


KUALA LUMPUR – Petron Malaysia kini menerima pembayaran tanpa tunai untuk penghantaran gas memasak LPG, Petron Gasul yang selamat dan berkualiti ke rumah pelanggan.

Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy berkata, perkhidmatan ini dijalankan bersama GHL Systems Bhd. yang membolehkan penggunaan pelbagai pilihan e-dompet seperti TnG, Boost, Grabpay, Maybank QRPay, Alipay, MBSB MCash serta UPI QRPay.

Menurut beliau, pelanggan boleh membuat pesanan silinder Petron Gasul melalui pengusaha Petron LPG di kawasan mereka dan memilih mana-mana aplikasi e-dompet yang tersenarai untuk membuat pembayaran.

“Kami sentiasa mengutamakan keselamatan dan keselesaan pelanggan sebelum ini.

“Syarikat banyak menerima banyak maklum balas positif terhadap pembayaran e-dompet untuk pembelian minyak dan barangan lain di stesen kami sehingga kami membuat keputusan untuk memperluaskan perkhidmatan ini kepada pelanggan yang menggunakan Petron Gasul di rumah,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan GHL, Danny Leong menjelaskan, pihaknya teruja untuk memanfaatkan perubahan ke arah pembayaran secara digital dalam kalangan masyarakat kini kesan daripada pandemik Covid-19.

“Dengan rangkaian kami yang mencapai sehingga lebih 240,000 titik pembayaran di seluruh Malaysia, digandingkan dengan produk Petron yang dipercayai jutaan, ini bakal menjadi pemangkin kepada kesediaan pembayaran tanpa tunai untuk kemudahan pelanggan,” ujarnya.

Perkhidmatan ini disediakan oleh kesemua pengusaha LPG Petron yang terlibat di seluruh Malaysia.

The post Beli Petron Gasul bayar guna e-dompet appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement