Gaya Hidup
Beli Beg Tangan Jangan Tangkap Muat Je! Ikuti Tip Ini.
“Anda mungkin melihat beg yang dipakai rakan sangat menarik, tetapi ia mungkin tidak sesuai dengan anda kerana faktor tubuh yang berbeza bagi setiap individu.”
“Anda mungkin melihat beg yang dipakai rakan sangat menarik, tetapi ia mungkin tidak sesuai dengan anda kerana faktor tubuh yang berbeza bagi setiap individu.”
Beg tangan sangat memainkan peranan penting pada penampilan setiap wanita. Namun, jika silap pemilihan beg tangan boleh menyebabkan gaya penampilan anda tidak menonjol biarpun mengenakan tas tangan berjenama mewah dan mahal.
Ini tip dari Donna yang boleh anda guna pakai sebelum memilih tas tangan iaitu mengikut jenis bentuk tubuh.
Bertubuh Langsing
Sumber Foto: Google Image
Fabrik kulit, warna hitam dan putih merupakan ciri-ciri yang paling sesuai untuk pemilihan beg tangan anda. Saiz yang sederhana, lebar, membujur dan bersandang adalah yang terbaik untuk anda kelihatan bergaya semasa berjalan.
Kurus & Tinggi
Sumber Foto: purseblog.com
Sumber Foto: Google Image
Untuk individu yang bertubuh kurus dan tinggi, beli beg tangan jenis hobo iaitu bertali pendek dan lebar. Selain itu, jenis tote juga sesuai untuk menyerlahkan penampilan wanita kurus dan tinggi. Jika ada sebarang majlis makan malam, anda boleh menggunakan beg atau tas tangan jenis genggam.
Bagaimana pula untuk wanita yang bertubuh gempal atau berbadan kecil ya? Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini
Penulis: Donna