Connect with us

Berita

Belgium Mara Ke Euro 2020!

Tahniah dan selamat berjuang!

Published

on

Kemenangan besar 9-0 ke atas San Marino, awal pagi tadi menyaksikan Belgium muncul pasukan pertama yang layak ke Euro 2020.

Penyerang Romelu Lukaku turut menyumbang dua gol, menyaksikan skuad kendalian Roberto Martinez mengungguli carta Kumpulan 1 dengan kelebihan 11 mata di depan pasukan tangga ketiga, Cyprus berbaki tiga aksi.

“Pendekatan kami (untuk perlawanan berikutnya) tetap sama, kami mempunyai tanggungjawab untuk mengekalkan standard kami.

“Langkah berikutnya adalah menamatkan saingan peringkat kumpulan di kedudukan pertama.

“Berdasarkan pemerhatian saya, sembilan negara mempunyai bakat untuk memenangi Euro. Apa yang menjadi perbezaan adalah bagaimana kamu berdepan dengan kesukaran. Satu keperluan untuk mengorbankan diri kamu untuk rakan sepasukan kamu,” kata Martinez.

Selepas mengharungi tujuh kemenangan berturut-turut dalam kempen kelayakan, Belgium yang menghuni ranking nombor satu dunia mengesahkan tempat ke pusingan akhir yang dijadual berlangsung di 12 venue sekitar Eropah.

Tahniah dan selamat berjuang!

Sumber: Berita Harian

 

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement