Berita
#Belanjawan2021, Ini Kenapa JASA Diperuntukkan 85 Juta!
Membincangkan isu JASA.
Perbentangan Belanjawan 2021 adalah tahun paling besar yang diperuntukkan untuk rakyat, perubatan dan pembangunan iaitu 322.5 bilion ringgit.
Namun, apa yang menjadi isu sekarang ini apabila ada segelintir rakyat mula mempersoalkan mengapa kerajaan memperuntukkan JASA sehingga 80 juta?
Tindakan kerajaan ini membuatkan rakyat di Lahad Datu, Sabah mula turun berdemo ekoran kehidupan rakyat terjejas sepanjang perlaksanaan tempoh PKPB.
Lokasi: Pangsapuri Mutiara Kasih, Lahad Datu. Sabah.
Rakyat turun berdemo.. Ekonomi rakyat tersekat ekoran PKPB. Beras habis, lauk habis, susu anak habis. Bantuan lambat.. Tapi kerajaan nak bazirkan RM85juta untuk unit propaganda mereka, JASA..#MuhyiddinOut#TolakBelanjawan2021 pic.twitter.com/l1SpQeWg9z— Rusty Blade ڤيساو کارت (@PisauKarat) November 9, 2020
Justeru, pihak Kool FM menghubungi Datuk Dr Madeline Berma Penganalisis Ekonomi untuk membincangkan isu ini bagi menjelaskan kebingungan dalam kalangan rakyat tentang peruntukkan JASA.
Katanya, sebenarnya isu JASA ini adalah antara perkara yang membuatkan dirinya terkejut dan sebagai seorang Penganalisis Ekonomi, dia sendiri tidak faham mengapa ia diperuntukkan sebanyak itu.
“Bagi saya peruntukkan ini mungkin untuk penambahbaikkan komunikasi kerajaan memandangkan kalau kita lihat individu yang berada dalam jabatan ini semuanya berkaitan dengan ahli politik iaitu menteri tertinggi dan sebagainya.
Tapi saya tetap menyeru kepada mana-mana pihak menteri untuk menjelaskan perincian JASA ini lebih terperinci supaya dapat mengelakkan fitnah dan menjawab persoalan rakyat bagaiamana peruntukkan ini boleh beri faedah kepada rakyat,”
Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini.
Boleh Keluar Sehingga RM6000 Akaun 1 KWSP Untuk Yang Terjejas
Kadar Caruman Minimum KWSP Dikurangkan Kepada 9% Untuk Tempoh 12 Bulan