Connect with us
Kool FM

Berita

Bekas banduan didakwa bunuh kawan

Published

on


SUNGAI SIPUT – Seorang bekas banduan yang baru sahaja keluar penjara akhir bulan lalu kembali dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang lelaki yang merupakan rakannya awal September lalu.

Tertuduh, Mohd. Rozaimy Amer, 30, hanya menunduk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Norhabsarina Ayob.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Mohd. Rozaimy didakwa membunuh Muhammad Izar Mohommad Anuar, 22, di hadapan sebuah rumah di Kampung Jalong di sini pada pukul 1.30 tengah hari 1 September lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Siow Chung Hwe manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Norhabsarina Ayob kemudian menetapkan 9 November depan sebagai tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat dan laporan kimia.

Kosmo! pada Jumaat lalu melaporkan, seorang lelaki bertindak melampaui batas apabila memukul kenalannya menggunakan sebatang kayu sehingga mengalami kecederaan parah dalam satu pergaduhan di hadapan sebuah rumah di Kampung Jalong di sini 1 September lalu akibat cemburu.

Mangsa yang cedera parah di bahagian muka dan kepala itu bagaimanapun meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh dua hari kemudiannya. – K! ONLINE.

The post Bekas banduan didakwa bunuh kawan appeared first on Kosmo Digital.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement