Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

“Be Better Than Me, Setakat Glamour Lupakan Je.” Vanidah Imran Tuju Siapa Tu?

Siapa yang makan cili terasa pedasnya!

Published

on

Umum mengetahui pelakon Vanidah Imran sudahpun berpisah dengan aktor Rashidi Ishak.

Bagaimanapun, hubungan mereka dikatakan masih baik, begitu juga hubungan mereka dengan anak-anak.

Baru-baru ini, Vanidah Imran telah menghadiri Anugerah Skrin yang diadakan di PWTC pada 2 November 2019 dengan membawa anak perempuannya Maryam Rashika.

View this post on Instagram

Congratulations to all nominees and winners of ASK2019 esp to @onetwojagamovie. I am very proud to be a part of an amazing cast, production and crew team and very humbled to be nominated in the top 5 for Best Supporting Actress. Tq to the jury and ASK2019 organising committee! . Thank you @rizmanruzaini for dressing me and my princess 😘 Tq @bobocinta and @ayangkamell for dolling me up😘.

A post shared by Vanidah Imran (@vanidah_imran) on

Menjengah ke ruangan komen, ada yang mengusik pelakon tersebut dengan menyatakan Vanidah kini ada pesaing iaitu anaknya.

“@jaydeesam: Kak vee dah ada pesaing ni, u watch out anak u akan caras u hehe.” Usik seorang wartawan portal hiburan kepadanya.

Bagaimanapun, Vanidah dengan tenang menjawab anaknya itu lebih baik tamatkan pengajian terlebih dahulu.

I always tell her if she wants to act she kena habis belajar dulu, and she must be serious and be better than me… stakat glamour lupakan je.”

Terkini, Vanidah Imran sedang sibuk menjalani penggambaran filem Daulat gandingannya bersama denga Tony Eusoff, Rashidi Ishak, Jasmine Suraya dan Christina Suzanne yang akan ditayangkan tidak lama lagi menerusi platform penstriman Netflix.

 

Sumber daripada: Instagram Vanidah Imran

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement