Connect with us

Hiburan

Bawang Merah Bawang Putih Reunion, Cantik Macam Dulu!

Jangan sambung sinetron sudah!

Published

on

Siapa masih ingat sinetron Bawang Merah Bawang Putih, lakonan Revalina S Temat dan Nia Ramadhani yang popular pada suatu ketika dahulu? Macam-macam konflik berlaku sehingga mereka pandai memainkan emosi penonton kan? Ada babak yang sedih, marah dan pastinya membuatkan penonton tertanya-tanya.

Yang paling penting, dalam beratus-ratus episod ditayangkan pada 15 tahun yang lalu, hanya dua pelakon hebat ini sahaja yang masih diingati sehingga kini.

Walaupun sinetron ini sudahpun tamat, malah lakonan mereka masih diingati sehingga kini. Mana tidaknya, dengan watak jahat yang dibawa oleh Nia Ramadhani pasti ada yang dendam sampai sekarang kan? Ataupun, watak suci Revalina S Temat yang amat dikagumi ramai kerana sifatnya yang sangat baik hati.

Terbaharu, pelakon yang memegang watak Alya dan Siska kembali bertemu dan memuat naik foto bersama di laman Instagram milik Revalina.

View this post on Instagram

Tadi syt Ngopi Dara sama @ramadhaniabakrie n @inijedar . Nostalgia jaman dulu syt Bawang Merah Bawang Putih sama nia. Haha jangan lupa nonton yaa😉

A post shared by Revalina Temat (@vatemat) on

Tadi syt Ngopi Dara sama @ramadhaniabakrie n @inijedar . Nostalgia jaman dulu syt Bawang Merah Bawang Putih sama nia. Haha jangan lupa nonton yaa”

Nampaknya, masing-masing masih mengekalkan wajah cantik walaupun sudah mendirikan rumah tangga dan mempunya anak.

Pengikut Revalina turut meninggalkan komen yang mengimbau kembali kenangan sewaktu menonton sinetron tersebut dan ada juga yang meminta supaya ia disambung lagi.

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement