Connect with us
Kool FM

Berita

Bawa Senjata Walau Untuk Keselamatan Diri, Salah Di Sisi Undang-Undang Kerana..

Betul tu..

Published

on

Rata-rata berpendapat bahawa membawa senjata seperti pisau kecil atau kayu untuk tujuan keselamatan adalah perkara biasa tanpa menyedari perbuatan itu adalah salah di sisi undang-undang.

Faizal Rahman yang juga seorang peguam bagaimanapun terpanggil untuk memberi penjelasan di mana individu yang memiliki, membawa atau menyimpan sebarang senjata walaupun sebilah pisau kecil tanpa sebab yang munasabah termasuk alasan melindungi diri, boleh didakwa di bawah Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958, yang boleh dipenjara sehingga 10 tahun dan boleh juga disebat jika didapati bersalah.

3-year-old shoots self after finding gun

Faizal turut menjelaskan negara Malaysia bukanlah sebuah negara yang memiliki kadar jenayah yang tinggi sehingga rakyat perlu melengkapkan diri dengan senjata untuk keluar dari rumah.

“Jangan beri alasan bawa senjata untuk keselamatan diri, itu tidak boleh. Negara kita bukan macam sesetengah negara luar yang tidak selamat apabila pistol boleh digunakan sewenang-wenangnya, akses pada pasukan keselamatan juga senang dan banyak, alasan membawa senjata untuk lindungi diri tidak boleh diterima,” katanya.

Faizal mengulas perkara itu susulan pelbagai pandangan umum yang mempersoalkan hukuman penjara ke atas individu yang memiliki senjata walaupun mendakwa ia untuk melindungi diri selain kembimbangan individu seperti pekebun atau tukang rumah yang terpaksa membawa pisau atau parang untuk tujuan pekerjaan.

16 Best EDC Legal & Non-Lethal Self-Defense Weapons 2020 – hobbr

Sehubungan itu, beliau sentiasa menasihatkan orang awam untuk tidak membawa apa-apa senjata dengan tujuan yang betul dan juga tidak memberi alasan yang membawa senjata untuk keselamatan diri.

“Bawalah senjata dengan tujuan. Kalau kata nak pergi ke kebun  barulah bawa senjata itu masuk ke dalam kereta. Bukan nak pergi kebun hari Sabtu tetapi hari Isnin sebelumnya dah simpan dalam kereta, ia boleh menimbulkan curiga kepada pihak berkuasa,” katanya.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement