Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Batuk Berdarah, Terkena Santau Ataupun Penyakit?

Kenali santau dan batuk berdarah…

Published

on

Kita sering mendengar mitos mengaitkan batuk berdarah dengan perbuatan santau dilakukan seseorang berkemungkinan kerana dendam. Sebelum anda membuat konklusi, periksa dulu sama ada ia adalah santau atau pun penyakit.

Sebahagian orang pernah mengalami batuk berdarah. Mungkin anda salah satunya. Batuk berdarah terjadi ketika anda mengalami batuk yang disertai dengan darah. Darah tersebut biasanya berasal dari paru-paru atau saluran pernafasan. Batuk berdarah boleh terjadi disebabkan batuk yang berpanjangan dan parah, infeksi paru, bronkiektasis, kanser paru-paru dan sebagainya.

Penyakit Batuk Darah - Gejala, Penyebab, dan Cara Mengobati ...

Sebelum terjadinya batuk berdarah, terdapat beberapa simptom yang akan dialami selama beberapa minggu, antaranya ialah :

  • Nyeri dada
  • Demam
  • Berpeluh di malam hari
  • Tubuh terasa letih dan lemau
  • Hilang nafsu makan
  • Penurunan berat badan

Manakala santau pula atau dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan melalui dua cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.

Checklist' Tanda Anda Disantau Menurut Pakar | Donna

Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut. Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.

Ustaz Ini Dedah 15 Tanda Jika Terkena Santau, Jenisnya & Ubat Guna ...

Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh. Bahan yang dihembuskan seperti miang buluh atau serbuk kaca akan memasuki paru-paru mangsa dan mangsa akan mengalami pendarahan dalaman (dalam paru-paru).

Ini antara tanda-tanda anda terkena santau :

  • Badan sakit dan lenguh seluruhnya
  • Kuku hitam dan nafas berbau busuk
  • Sentiasa sakit pada tulang belakang
  • Bawah matanya lebam
  • Emosi yang pelbagai. Mudah berasa marah, sedih dan menangis.
  • Batuk teruk hingga berdarah dalam tempoh yang lama
  • Wanita datang bulan sangat lama tempohnya hingga berbulan
  • Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kala sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat
  • Sakit sesak nafas terutama waktu Maghrib
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggiMimpi bahan-bahan yang miang seperti buluh dan ulat bulu
  • Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu
  • Mimpi kanak-kanak kecil seperti menyusu kanak-kanak tersebut
  • Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular
  • Mimpi makan makanan kotor seperti bangkai dan babi
  • Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau mimpi pergi ke tempat-tempat ibadat agama bukan Islam

Penting untuk difahami bagi mengelak salah tanggapan kerana masalah batuk berdarah yang berpunca daripada penyakit paru-paru, sebenarnya boleh dirawat dan disembuhkan jika diberikan rawatan tepat serta betul.

Oleh itu, kenali sama ada batuk berdarah anda adalah batuk penyakit ataupun santau.Β Jika batuk berdarah anda harus segera berjumpa doktor paru-paru, dan jika anda berasa was-was, sila berjumpa dengan ustaz atau orang yang lebih arif mengenai hal ini sebelum terlambat.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement