Gaya Hidup
Barang Beli Online Pecah? Ini Yang Anda Perlu Lakukan
Cuba lah…
Siapa pernah beli barang secara dalam talian atau pun ‘online’? Kalau yang pernah membeli secara online ni pasti tahu macam mana pengalaman membeli tu. Ada yang baik dan kadang-kadang ada juga barang dibeli bila sampai rosak, pecah, hilang dan sebagainya. Bergantung kepada nasib masing-masing.
Kali ini ada perkongsian kisah pembeli online yang mendapat barang rosak ataupun pecah sehingga buntu sama ada mahu dipulangkan semula atau ‘simpan’ sahaja.
Seperti yang dikongsikan pemilik akaun Facebook, Ahmad Albab dalam grup Kelab Kaki Deko, kecewa apabila menerima barang deko rumah yang sudah pecah ketika diterima.
Memuat naik posting gambar pasu yang pecah itu, siap bertanyakan pendapat pengguna laman sosial Facebook. Ramai juga yang memberikan pendapat yang boleh diguna pakai.
Lagi satu cara, sebelum membuka barang yang dipesan online itu, anda juga boleh rakam video supaya penjual percaya barang itu memang pecah sebelum sampai ke tangan anda. Jadi, bagi sesiapa yang pernah dapat barang rosak atau salah sebelum ini, bolehlah buat pemulangan semula barang menggunakan cara yang betul ya?
Jadilah pengguna yang bijak.