Gaya Hidup
Banyak Nyamuk Aedes Kat Rumah? Ini Cara Bunuh Jentik-Jentik Guna Bahan Alami
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi.
Lebih 100 negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, Afrika, Amerika Timur Mediterranean dan Pasifik Barat mengalami masalah denggi. Ini kerana berpunca dari pembiakan nyamuk yang tidak terkawal disebabkan oleh sikap kita sendiri.
Jadi, Donna akan memberitahu beberapa tip yang anda boleh lakukan dalam kehidupan seharian anda. Antaranya…
Garam
Sumber: pexels
Tahukah anda, garam juga dapat bertindak dalam menghapuskan pembiakan jentik-jentik yang bersarang di kawasan rumah anda?
Cara menghapuskan jentik-jentik menggunakan garam mudah saja, tabur garam halus di dalam tempat yang mungkin akan menjadi tempat pembiakan jentik-jentik.
Daun Sireh
Sumber: merdeka
Rebus beberapa keping daun sireh dan masukkan ke dalam bekas – bekas takungan air. Biarkan selama 15 minit, jentik-jentik pasti mati dan tukarkan air baru! Kalau nak letak air rebusan sireh sedikit ke dalam takungan air pun boleh untuk mengelakkan pembiakan jentik-jentik.
Untuk menegetahui lebih lanjut, klik sini
Penulis: Donna