Connect with us
Kool FM

Berita

Bantu Cegah Isu Buli

Ambil perhatian!!

Published

on

Isu buli yang sering terjadi dan amat popular di Malaysia kebelakangan ini bukan hanya berlaku kepada kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.

Tidak hanya dirumah mahupun disekolah, kejadian yang tidak diingini ini juga bahkan berlaku di pejabat. Kesannya jika dapat kita lihat ia mampu menghancurkan kerjaya seseorang, institusi sesebuah kekeluargaan dan tidak hairanlah jika ia menjurus kepada kecederaan mental dan jiwa seseorang.

Sebagai contoh seperti yang dibincangkan melalui Kool Talk pada 17 Februari 2020, seorang pelatih industri (intern) diberi tunjuk ajar untuk melakukan sesuatu pekerjaan. Namun, sebaliknya selepas diberi arahan, pekerjaan itu akan terus diambil alih oleh golongan ini. Tanpa sedar, mereka sebenarnya dibuli.

Menurut satu portal online, membuli adalah tentang kuasa. Pembuli mahu kawalan terhadap mangsa mereka dan persekitaran mereka. Malah, subjek utama mereka adalah kritikan atau arahan.

Sebagai pembuli yang menguasai kedudukan, mereka berubah menjadi semakin bersedia untuk menganiaya kakitangan bawahan mereka. Jadi walaupun pada hakikatnya tidak semua pembuli bersifat kejam namun mereka amat gemar melakukannya kerana mereka fikir mereka amat berkuasa.

Kool FM bagaimanapun berjaya mendapatkan DSP Foo Chek Seng dari Jabatan Pencegahan Jenayah Keselamatan Komuniti Bukit Aman untuk memberi pencerahan berhubung isu buli ini.

Menurutnya, setiap laporan yang diterima oleh polis, mereka akan mengkaji dahulu isu berkenaan dengan keterangan yang diberi. Kemudian petuduhan akan dilakukan dengan penangkapan oleh pegawai pendakwa raya. Namun, hukuman yang akan dijatuhkan juga bergantung kepada kes.

Tegasnya kepada orang awam, sekiranya berlaku kepada diri sendiri atau individu lain, segera bantu mereka dengan laporkan kepada pihak berkuasa. Jika anda tidak membantu mereka, sekurang-kurangnya anda sebenarnya telah menghantar bantuan untuk mereka.

Anda mungkin dilihat sebagai pengacau atau pengganggu kepada projek mereka, namun jika anda tenang dan objektif, anda tidak perlu risau atau takut dengan ancaman mereka. Berbincanglah dengan rakan-rakan yang dipercayai, anda mungkin mendapat kekuatan dan semangat yang diperlukan.

Ikuti perbincangan lanjut tentang isu buli ini menerusi Catch Up Kool dibawah:-

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement