Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

Banjir Teruk! Keadaan Ibu Kota Selepas 2 Jam Hujan Lebat

Lihatlah suasana dalam pusat tersebut. Harap kesemua mangsa banjir menjaga penjarakkan sosial dan kebersihan terkawal supaya terhindar dari risiko dijangkiti wabak COVID-19.

Published

on

Bermula jam 2 petang semalam, hujan lebat di ibu negara selama dua jam menyebabkan kawasan dan laluan di sekeliling Masjid Jamek dan sekitarnya ditenggelami air selepas air daripada Sungai Klang dan Sungai Gombak melimpah.

Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila tular satu video kereta kelisa yang berjaya mengharungi banjir setinggi lebih satu meter. Selagi boleh redah, kita redah!

Menurut laporan Berita Harian, setakat ini lima mangsa dipindahkan dan ditempatkan sementara di pusat pemindahan banjir yang dibuka di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru.

Sumber: informasiwilayah

Lihatlah suasana dalam pusat tersebut. Harap kesemua mangsa banjir menjaga penjarakkan sosial dan kebersihan terkawal supaya terhindar dari risiko dijangkiti wabak COVID-19.

Dari gambar sudah cukup menjelaskan betapa teruknya keadaan banjir yang berlaku di Kuala Lumpur semalam. Semoga tiada kematian yang dilaporkan.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: BHtwitter

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement