Connect with us

Berita

Banjir Di Pulau Pinang Semakin Pulih

Pemantauan masih tetap dilakukan bagi menghadapi segala kemungkinan.

Published

on

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Rukun Tetangga (RT) Taman Suria Aman diarahkan tutup pada jam 6.15 petang semalam, selepas kesemua mangsa telah pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Alam Sekitar dan Masyarakat Penyayang negeri, Phee Boon Poh, berkata, hanya tiga PPS masih beroperasi iaitu Dewan Orang Ramai Taman Sukun Bukit Minyak, Tadika KEMAS Kampung Manggis dan Dewan Orang Ramai Projek Perumahan Rakyat (PPR) Tok Suboh setakat jam 8 malam tadi.

“Bilangan mangsa di Dewan Orang Ramai PPR Tok Suboh masih kekal 46 orang daripada 10 keluarga.

“Enam keluarga masih berada di Tadika KEMAS Kampung Manggis, manakala di Dewan Orang Ramai PPR Tok Suboh 14 orang membabitkan empat keluarga,” katanya.

Difahamkan, keadaan banjir di Seberang Perai juga semakin pulih berikutan cuaca yang bertambah baik.

Namun, pemantauan masih tetap dilakukan bagi menghadapi segala kemungkinan.

Sumber: Berita Harian 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement