Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Bakal Pengantin Tidak Perlu Kursus Pra Perkahwinan

Berita baik untuk bakal pengantin…

Published

on

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), bakal pengantin di Kedah tidak perlu mengikuti kursus pra perkahwinan.

Sebaliknya, mereka hanya perlu ditemuduga sebelum dinikahkan di Pejabat Agama Daerah masing-masing.

Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) memberi kelonggaran itu kepada calon suami dan isteri berikutan pandemik Covid-19.

Katanya, tiada sebarang yuran akan dikenakan dan proses itu dijangka mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja bagi memudahkan bakal pengantin.

“Kursus pra perkahwinan selalunya mengambil masa enam jam dan bakal pengantin perlu menghadiri kelas dianjurkan oleh pihak yang diberi kelulusan sebelum sijil kursus dikeluarkan, jadi ketika PKPB kursus ini tak dapat diadakan.

“Bagi calon yang belum mengikuti kursus ini dan mahu bernikah ketika PKPB, maka mereka akan ditemuduga ringkas seperti hanya diminta untuk mengucap syahadah dan beristighfar sebelum akad nikah,” katanya pada sidang media di Wisma Darul Aman di Alor Setar, Kedah, pada 27 Mei.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement