Berita
Bahaya Pada Anak Kecil, 7 Perkara Tentang Penyakit JE (Japanese Encephalitis) Kita Kena ‘Alert’
Semoga kita semua di bawah lindunganNya..
Belum lagi COVID-19 reda sepenuhnya, negara kita dikejutkan pula dengan kes Japanese Encephalitis (JE) yang dilaporkan di Pulau Pinang.
Tahukah kita apakah Japanese Encephalitis (JE) ini dan apa yang kita boleh buat untuk mencegahnya?
Japanese Encephalitis atau singkatannya JE adalah sejenis jangkitan virus kepada otak yang boleh menjejaskan manusia dan binatang.
Virus JE ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Culicine iaitu Culex tritaeniorhynchus, Culex vishnui, Culex gelidus dan Culex fuscocephala yang dijangkiti virus JE.
Baca lebih lanjut di sini.