Connect with us
Hot Kool Jam

Donna

Bahaya Gelombang Haba, Ini Plan Untuk Aktiviti Cuti Sekolah Anak Anda

Cuti sekolah merupakan perkara menggembirakan buat anak-anak, namun masa inilah ibu bapa pening kerana terpaksa memikirkan apakah perancangan terbaik yang boleh diisi bagi memenuhi masa terluang anak-anak.

Published

on

Cuti sekolah merupakan perkara menggembirakan buat anak-anak, namun masa inilah ibu bapa pening kerana terpaksa memikirkan apakah perancangan terbaik yang boleh diisi bagi memenuhi masa terluang anak-anak.
Tambah pening apabila ketika ini status gelombang haba di Semenanjung Malaysia berada di tahap berjaga-jaga dan dalam tempoh tersebut, segala aktiviti luar perlu dielakkan kerana berisiko untuk mendapat strok haba.

Aktiviti Indoor Paling Best

Bila cakap tentang aktiviti indoor, jangan hanya terikat dengan aktiviti melukis dan mewarna atau biarkan anak bermain seorang diri di dalam rumah. Bayangkan, jika anak mempunyai cuti selama seminggu atau lebih, ia pasti membosankan.
Ibu bapa perlu kreatif agar anak dapat belajar di samping berseronok. Lakukan aktiviti bersama seperti memasak dan mengemas rumah. Namun pemantauan ibu bapa amat perlu agar anak tidak tercedera ketika berada di dapur. Pendedahan anak-anak ketika memasak dapat membantu mereka untuk lebih berdikari serta meningkatkan perkembangan neuro mereka.
Selain di rumah, ada banyak lokasi menarik yang menawarkan pelbagai jenis aktiviti indoor sesuai untuk kanak-kanak di sekitar Lembah Klang seperti, District 21, Jump Street,Pusat Sains Negara dan  Aquaria KLCC.
 
Ketahui lebih lanjut dengan klik sini.
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement