Berita
Badminton, Tenis, Joging & Berbasikal Tidak Perlu Pakai ‘Mask’
Jangan lupa jaga keselamatan ya!
“Orang ramai tidak perlu memakai pelitup muka ketika melakukan aktiviti bersendirian seperti berjoging atau memandu. Gunakan apabila berada ditempat awam.”
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media 29 Mei lalu bahawa orang ramai hanya disarankan untuk memakai penutup mulut dan hidung semasa berada di tempat awam atau jika seseorang itu bergejala.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai insiden kematian di luar negara membabitkan mereka yang memakai penutup hidung dan mulut ketika melakukan aktiviti riadah dan semasa memandu.
“Pastikan semasa joging kita cuba elakkan penjarakkan (sosial), kalau dua, tiga meter lagi bagus. Jadi bila kita pakai mask mungkin pernafasan kita rasa rimas. Inilah yang kita nasihatkan kepada rakyat yang pakai mask,”
Terdahulu, kerajaan membenarkan aktiviti sukan yang tidak melebihi 10 orang mulai 4 Mei lalu.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah badminton, tenis, joging, termasuk berbasikal dengan syarat orang ramai mengamalkan penjarakkan sosial.
Bagaimanapun katanya, aktiviti yang melibatkan perhimpunan ramai dan sentuhan badan tidak dibenarkan.