Connect with us

Hiburan

Ayu Raudhah Tunai Umrah Bersama Suami

Semoga selamat pergi dan pulang..

Published

on

Pelakon Ayu Raudhah berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan ibadah umrah bersama suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha hari ini.

Pemain bola sepak yang berusia 32 tahun itu turut mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua kenalan sekiranya terdapat kesalahan atau kesilapan yang dilakukan selama ini melalui laman Instagram miliknya.

View this post on Instagram

Salam semua..saya dan isteri akan berangkat menunaikan ibadah umrah..semoga segalanye dipermudahkan dan doakan kami suami isteri mendapat umrah yang mabrur..amin..

A post shared by zaquan adha (@zaqone_08) on

Gambar yang dimuat naik berkenaan dihujani komen pengikutnya yang rata-rata turut mendoakan pasangan itu akan dipermudahkan segala urusan.

Pasangan itu berkahwin pada 21 Januari 2011 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, Muhammad Aisy Aryann, Laura Zuleykha dan Muhammad Aisy Al Khaliq.

Selamat menunaikan umrah Zaquan dan Ayu, semoga selamat pergi dan pulang..

 

 

Sumber daripada: Instagram Zaquan Adha & Ayu Raudhah

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement