Connect with us

Berita

Awas! Pelaku Basikal Lajak Boleh Didenda Maksimum RM2,000!

Awas!

Published

on

Baru-baru ini, terdapat kes dimana seorang wanita melanggar sekumpulan kanak-kanak menunggang basikal di atas jalanraya sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak tersebut.

Wanita berkenaan seterusnya didakwa di mahkamah, namun dilepaskan atas sebab-sebab tertentu.

Bagaimanapun terkini, menerusi satu portal berita online, mana-mana individu yang didapati terlibat dengan kegiatan menunggang basikal lajak termasuk melakukan aksi yang mengancam nyawa serta pengguna jalan raya yang lain, boleh dikenakan tindakan dan boleh denda maksimum RM2,000.

Perkara tersebut disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Sembilan, Supt Ibrahim Mohd Abdul Kadir. Menurutnya,  jika pesalah masih lagi di bawah umur, Ibu bapa turut boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu pengabaian penjagaan kanak kanak dan boleh dikenakan hukuman denda sebanyak RM20,000 dan boleh dipenjara tidak lebih 10 tahun.

“Kita tidak mahu kes-kes melibatkan basikal lajak ini sehingga meragut nyawa berulang lagi. Adalah diingatkan bahawa pihak polis akan mengambil tindakan yang tegas ke atas mana-mana individu yang terlibat dengan kesalahan berkaitan basikal lajak.”

Justeru Ibrahim berkata ibu bapa dinasihatkan supaya sentiasa memantau aktiviti anak-anak mereka.

 

Sumber daripada: Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement