Berita
Awas! Kiub Ais Mampu Jadi Punca Keracunan Makanan
Informasi yang sangat bagus..
Published
4 days agoon
By
Azra AzuarRata-rata dirumah pasti menggunakan peti ais untuk menyimpan barang-barang mentah seperti ikan, ayam, daging, sotong dan lain-lain kan?
Namun, ada juga yang menyejukkan ais ditempat yang sama anda menyimpan barang-barang basah tadi.
Tahukah anda, ais yang telah dibekukan dan diletakkan ditempat yang sama dengan barang-barang basah tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan?
Perjara tersebut telahpun disahkan oleh Kementerian Kesihatan menerusi laman Twitter rasmi milik mereka baru-baru ini.
Pernah dengar kiub ais punca keracunan makanan?
Ia berlaku bila kiub ais disimpan di tempat sama dlm peti ais dengan bahan-bahan mentah seperti ayam, daging dan ikan.
Pencemaran silang ini berlaku bila bakteria pada bahan mentah itu berpindah kpd kiub ais. pic.twitter.com/VClRW5OC9C
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) November 28, 2019
Pencemaran silang bole berlaku apabila bakteria pada bahan mentah itu berpindah pada kiub ais.
Jadi, untuk keselamatan para pengguna dan isi rumah, dinasihatkan agar tidak menyimpan kiub ais lebih daripada 3 hari.
Semoga artikel ini bermanfaat dan dapat dipanjangkan selain dimaklumkan kepada umum agar kesihatan kita semua terjamin.