Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Avril Lavigne Anjur Konsert Virtual Bantu Pesakit Lyme

Tonton konsert sambil beramal…

Published

on

Penyanyi yang popular dengan lagu ‘When You’re Gone,’ Avril Lavigne bakal mengadakan konsert secara virtual pada 24 Oktober depan bagi membantu penghidap penyakit lyme menerusi pertubuhan amal miliknya, The Avril Lavigne Foundation dan Global Lyme Alliance. Penyanyi tersebut yang juga merupakan penghidap penyakit itu mengakui teruja untuk beraksi pada konsert berkenaan. Sudah tentu Lavigne menjanjikan persembahan menarik yang bakal dikenang oleh para peminatnya.

Menurut dia, konsert tersebut turut menampilkan beberapa tetamu jemputan demi #FightLyme yang akan memberi manfaat kepada komuniti lyme. Tambahan lagi, ia sudah tentu akan membuat peminat-peminatnya teruja menantikan konsert tersebut. 

Ia sekali gus menjadikan konsert itu satu-satunya persembahan daripada Lavigne untuk tahun ini. Kedua-dua organisasi terbabit menyediakan khidmat sokongan, sumber, dan dana kepada pesakit lyme yang menjangkiti lebih 30,000 penduduk di Amerika Syarikat setiap tahun.

Terdahulu, penyanyi terkenal itu mendedahkan dia menghidap penyakit tersebut sejak tahun 2015. Dia kemudian menceritakan mengenainya di mana dia berasa tertekan sewaktu awal-awal disahkan menghidapi penyakit lyme.

Penyakit lyme atau disebut juga Lyme disease adalah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Borrelia Burgdorferi atau Borrelia b. yang ditularkan melalui gigitan kutu jenis Ixodes scapularis dan Ixodes pacifius. Antara gejala yang mudah dilihat daripada penyakit ini adalah ruam kemerahan di kulit. Penyakit lyme juga boleh menjadi parah dan menyebabkan komplikasi serius sekiranya tidak dirawat segera.

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement