Connect with us

Berita

Australia Tahan 2 Rakyat Malaysia, Salah Seorang Kru Kabin Penerbangan Tempatan

Sindiket didalangi warga Vietnam guna kru kabin penerbangan

Published

on

Dua rakyat Malaysia termasuk seorang kru kabin syarikat penerbangan tempatan, antara 8 suspek ditahan pihak berkuasa Australia selepas dipercayai terbabit dengan kegiatan sindiket penyeludupan dadah antarabangsa.

Agensi berita Australia, Australian Broadcasting Cooperation, ABC semalam melaporkan, semua suspek ditahan menerusi operasi digelar Operation Sunrise di negara itu sejak 7 Januari lalu.
Menurut laporan, kru kabin itu ditahan di Melbourne pada 7 Januari lalu, manakala seorang lagi rakyat Malaysia ditahan bersama enam lagi suspek dalam serbuan berasingan di Sunshine North dan bandar Melbourne, keesokannya.
Pols turut merampas pelbagai jenis dadah, antaranya heroin, methamphetamine dan kokain dianggarkan bernilai AU$21 juta atau RM62.2 juta, beberapa kereta mewah, wang tunai AU$100,000 serta peralatan berkaitan dadah.

“Siasatan mendapati sindiket dipercayai didalangi warga Vietnam itu menggunakan kru kabin syarikat penerbangan berpangkalan di Malaysia untuk menyeludup dadah ke negara ini. Dadah berkenaan dibawa masuk melalui Melbourne dan Sydney dengan cara disembunyikan pada tubuh mereka.”

Sementara itu, syarikat penerbangan Malindo Air dalam satu kenyataan semalam mengesahkan seorang kru kabinnya ditahan Polis Persekutuan Australia sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Melbourne pada 7 Januari lalu .
Malindo Air menyebut,

Khidmat kru kabin itu digantung serta merta dan akan ditamatkan dalam tempoh terdekat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Seri Mohd Salleh pula berkata,

Kita akan adakan pertemuan dengan syarikat penerbangan tempatan dalam masa terdekat kerana sejak beberapa bulan kebelakangan ini beberapa kakitangan mereka didapati ditahan di luar negara kerana terbabit penyeludupan dadah

Beliau juga mengesahkan penahanan dua rakyat Malaysia terbabit, sambil menjelaskan,

“Kru kabin yang ditahan adalah seorang wanita berusia 30an, manakala seorang lagi adalah lelaki berusia 40an.”

Sumber: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement