Connect with us
Muaz Kasi Jadi

Hiburan

Aura 4 Dekad M Nasir Dalam ‘Satu Hikayat’!

Sifu tetap gemuruh dan berdebar menantikan detik bersejarah

Published

on

Penyanyi M Nasir bakal membawa peminat menelusuri terowong masa yang dilaluinya sejak menjadi penyanyi pada akhir 1979 menerusi Konsert M Nasir – Satu Hikayat.

Ia bakal berlangsung pada 23 November, sempena ulang tahun ke 40 pembabitannya dalam industri muzik.

Menurut M Nasir dalam akhbar Berita Harian,

“Saya berharap, persembahan ini mencipta aura berbeza dan lebih gah, berbanding siri konsert terdahulu. Sudah pasti banyak lagu nostalgia yang ingin saya nyanyikan, selepas 4 dekad.”

“Antaranya, lagu yang dipopularkan Alleycats pada 1981 iaitu Senandung Semalam, kerana ia adalah lirik pertama yang saya hasilkan.”

M Nasir juga memberitahu, dia bakal mempersembahkan lagu berjudul Kenangan Lalu daripada Flybaits, selain beberapa lagu popular Kembara, Search atau Wings.

Katanya lagi, walaupun kerap beraksi di pentas mega, bekas vokalis kumpulan Kembara itu berkata, setiap penampilan menyuntik aura berbeza.

Katanya kepada Berita Harian, pengalaman juga tidak mampu menyingkir debaran menanti detik bersejarah itu.

“Perasaan itu sukar dijangka. Saya bukan takut, tetapi lebih kepada keinginan memenuhi harapan ramai. Banyak yang kami rancang bagi memastikan seleksi lagu menepati konsep, kerana kita mahu merangkumkan semuanya menjadi sebuah cerita.”

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement