Connect with us

Gaya Hidup

Aunt Mei – Si Penculik Kanak-Kanak Terkenal Di China!

Published

on


Kes penculikan kanak-kanak sememangnya satu perkara yang serius di China lebih-lebih lagi kawasan yang jauh dari bandar. Salah satu sebab kes penculikan ini banyak terjadi adalah kerana ramai ibu bapa di China yang inginkan anak lelaki berbanding anak perempuan dan mereka sanggup membuat apa saja untuk mendapatkan anak lelaki termasuklah membelinya daripada sindiket penculikan.

Pada tahun 2016, satu laporan yang dikeluarkan oleh Caijing menyatakan lebih kurang 200,000 kanak-kanak telah dilaporkan telah diculik dan hanya 200 orang ataupun 0.1% sahaja yang berjaya ditemui semula. Daripada 200,000 kanak-kanak yang diculik itu, lebih kurang 64% adalah kanak-kanak lelaki!

Kes-kes penculikan ini dikatakan telah dilakukan oleh satu sindiket yang mempunyai kaitan dengan seorang wanita yang mana setakat ini hanya dikenali sebagai Aunt Mei. Pihak polis telah mengambil masa lebih daripada 15 tahun untuk menjejakinya namun masih tidak berjaya sehingga hari ini. Pihak polis mengesyaki Aunt Mei berumur lebih kurang 65 tahun.

Dia dikatakan merupakan mempunyai kaitan untuk satu sindiket penculikan yang popular di China. Motif utama dia melakukan penculikan ini adalah untuk menculik kanak-kanak lelaki dan menjualnya kepada keluarga-keluarga yang mahukan anak lelaki. Dia juga menjadi orang tengah antara penculik-penculik di China dengan pembeli di sekitar kawasan Guangzhou. Aunt Mei disyaki telah menculik sembilan orang kanak-kanak dari tahun 2003 sehingga tahun 2006.

Semua info ini berjaya selepas polis berjaya menjumpai dua mangsa penculikan yang disyaki dilakukan oleh Aunt Mei ketika mereka berusia dua tahun. Salah seorang daripada mereka yang kini telah berusia 19 tahun telah diserahkan kepada keluarga asalnya setelah diculik pada tahun 2003. Berdasarkan info yang diberikan oleh mereka, Aunt Mei dikatakan mempunyai ketinggian 4 kaki 9 inci dan fasih berbahasa Kantonis dan Hakka, satu dialek yang digunakan di Selatan China.

Amat sukar untuk menjejaki Aunt Mei kerana dia tidak mempunyai alamat yang tetap dan tidak pernah tinggal di hotel ataupun hostel. Biasanya dia akan menumpang di rumah lelaki yang dia kenali dalam beberapa bulan sebelum berpindah dan tinggal dengan lelaki lain. Salah seorang daripada lelaki yang pernah tinggal dengan Aunt Mei selama tiga tahun telah tampil dan memberikan gambaran bagaimana rupa sebenarnya Aunt Mei untuk memudahkan pihak polis mengesannya.

Image Via: https://www.dailymail.co.uk

Salah seorang daripada ketua sindiket penculikan ini yang bernama Zhang Weiping telah berjaya ditangkap oleh pihak polis dalam satu serbuan yang dilakukan pada tahun 2016. Zhang dikatakan telah menculik dua orang kanak-kanak iaitu Chen Qianjin dan Yang Jiaxin. Kedua kanak-kanak ini telah diculik pada tahun 2003 dan 2006. Kedua-dua mereka kemudiannya telah dijual kepada Aunt Mei.

Salah satu cara sindiket ini melakukan penculikan adalah dengan mencari kanak-kanak ditempat awam. Zhang dikatakan hanya berminat untuk menculik kanak-kanak lelaki. Dia juga dikatakan akan berpindah ke kawasan yang mereka kenal pasti mempunyai ramai kanak-kanak lelaki dan cuba bermesra dengan ahli keluarga mangsa sebelum menculiknya.

Semasa Zhang berborak dengan ahli keluarga kanak-kanak tersebut, rakan-rakannya yang lain akan mengambil perhatian kanak-kanak ini tadi dengan mengumpan mereka dengan gula-gula sebelum menculik mereka. Semua ini dilakukan dengan sangat pantas sehinggakan ibu bapa kanak-kanak ini tidak sedar yang anak mereka telah diculik.

Terdapat satu lagi kes yang mana Zhang dan rakan-rakannya telah memecah masuk rumah yang dimiliki oleh Shen Junliang. Ketika itu, hanya isterinya dan anak lelakinya yang hanya berumur 11 bulan berada dirumah. Mereka kemudiannya mengikat isteri Shen sebelum menculik anak lelaki mereka. Sehingga kini anaknya masih belum dijumpai dan isterinya telah trauma dengan apa yang berlaku sehinggakan dia kini disahkan menghidapi mental illness kerana masih tidak dapat menerima apa yang telah berlaku kepada anaknya.

Zhang dan beberapa orang rakannya telah dihukum gantung sehingga mati dan ramai ibu bapa yang tidak bersetuju dengan hukuman ini kerana anak-anak mereka masih tidak dijumpai. Clue yang mereka ada berkaitan kes-kes penculikan kanak-kanak yang belum selesai ini hanyalah Aunt Mei. Pihak berkuasa masih berkerja keras untuk menjejaki Aunt Mei sehingga sekarang!

KATALAKI: Jagalah anak-anak dan adik-beradik korang elok-elok!

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement