Connect with us
Hot Kool Jam

Berita

Atlet Berbasikal Para Asean Negara Hidup Merempat, Ditipu Kenalan

Pemenang pingat emas berbasikal lebuh raya kategori C1, C2, C3 (pelbagai kecacatan anggota) Sukan Para ASEAN Ke-9, Mohamad Syazwan Roshdi, kini dipercayai hidup ‘merempat’ apabila dia ditemui menumpang di surau Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar di Johor Bahru.

Published

on

Bekas pelumba basikal negara, Rizal Tisin, berkata dia terserempak Syazwan secara tak sengaja di situ ketika singgah untuk solat Isyak semalam.
Menerusi status Rizal di Facebook, Syazwan sudah bermalam di CIQ tersebut selama 3 malam.
Difahamkan, Syazwan mendakwa ditipu seorang kenalan kononnya mahu membantunya mendapatkan pekerjaan di Singapura.

Menurut Rizal, dia difahamkan Syazwan juga terpaksa mengikat perut dan tidak makan atau mandi sepanjang tinggal di CIQ itu kerana kehabisan wang selepas menjadi mangsa penipuan seorang kenalan yang meminjam wangnya tetapi gagal membayarnya.

Sumber: Berita Harian/Facebook Rizal Tisin

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement