Connect with us

Hiburan

Atilia Rancang Ambil Anak Angkat

Masih belum ada rezeki selepas 4 tahun berkahwin

Published

on

Penyanyi dan guru yoga, Atilia Haron mengakui ada perancangan mahu mengambil anak angkat bagi melengkapi rumah tangganya tidak lama lagi.

“Maklumlah, saya sudah empat tahun berkahwin tapi masih belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata.

“Sudah pelbagai usaha dilakukan termasuk rawatan kesuburan semaian benih dalam rahim atau Intrauterine Insemination (IUI) tetapi tidak berjaya.

“Ada rakan mencadang­kan saya buat rawatan kesuburan persenyawaan luar rahim (IVF) tapi banyak faktor perlu dipertimbang­kan kerana saya sangat aktif dan tidak tahu duduk diam.”

Apapun, Atilia mendedahkan pernah berasa tertekan kerana terlalu memikirkan soal zuriat tahun lalu.

“Saya pernah mengalami insomnia sebelum ini. Lama juga untuk saya okey kembali.

“Sekarang saya reda de­ngan ketentuan Ilahi kerana ia membabitkan rezeki. Mungkin cara terbaik, saya ambil anak angkat dan besarkan dengan penuh kasih sayang.”

Atilia berkahwin dengan jurutera bunyi, Adam Sofian pada Ogos 2014.
Sebelum itu dia pernah berkahwin de­ngan Ariff Johan Abdul Aziz pada Disember 1998 tetapi bercerai pada Januari 2009.

Sumber: Harian Metro

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement