Connect with us
Webinar Kool

Semasa & Hiburan

“Atas Dasar Amanah” – Amyza Adnan Rahsiakan Sakit Maya Matahari

Al-Fatihah…

Published

on

Pelakon berpengalaman, Amyza Adnan mendedahkan dia sudah lama mengetahui penyakit yang dialami Mya Ruslee, 43, atau lebih dikenali sebagai Maya Matahari.

Menerusi laman Instagram milik Amyza, dia meluahkan rasa sedih selepas kehilangan sahabat baiknya itu sambil menjelaskan amanah penyanyi lagu Matahari itu telah dilaksanakan dan dipegang sehingga ke akhir hayatnya.

View this post on Instagram

Ye ayalija..masa ni sapa pin x tau aya sakit kan. . Tapi harini aya dah tak sakit lagi kan… aku tunaikan amanah aku pd kau..rahsiakan sakit kau. Tapi harini pls bg aku jumpa kau..

A post shared by KAAIA (@amyzaaznankaaia) on

Amyza yang mesra disapa Kak Kaaia turut berkongsi perbualan terdahulu bersama allahyarhamah selain ‘throwback’ persembahan Maya yang menyanyikan lagu Hilangkan Segalanya nyanyian asal Farawahida di sebuah program realiti.

Mya atau nama sebenarnya Myanaliza Ruslee meninggal dunia pada petang 18 Mac akibat kanser Sarcoma tahap empat.

Menerusi Instagram Kak Kaaia lagi, jenazah akan dikebumikan di kampung halamannya  di Machap, Johor hari ini, 19 Mac 2020.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement