Connect with us

Gaya Hidup

Asyik mimpi buruk? Sebenarnya kita boleh kawal mimpi kita sendiri dengan…

Published

on


KORANG pernah tak mimpi, tetapi dalam mimpi tu korang macam tersedar “eh aku rasa aku tengah mimpi ni?” Menurut kajian, sepanjang hidup seseorang manusia, paling tidak, mesti sekali dia pernah sedar bahawa dia sedang bermimpi ketika tidur.

Kalau korang pernah lalui, itulah yang dinamakan ‘lucid dream’!

‘Lucid’ dalam Bahasa Inggeris bermaksud “jelas, nyata”, jadi ‘lucid dream’ atau dalam bahasa ibunda, ‘mimpi sedar’ ialah satu keadaan di mana seseorang individu menyedari bahawa dia sedang bermimpi.

via GIPHY

Baca juga: Ini gaya minimalis ‘cun’ habis nak hias bilik!

Ini berlawanan dengan mimpi-mimpi biasa kita. Kalau kita tengah bermimpi, sepelik atau sengeri apa pun mimpi itu, kita selalunya merasakan mimpi itu ‘real’ pada ketika itu sahaja. Sehinggalah kita terjaga, kita akan menyedari itu hanya mimpi semata rupa-rupanya.

Itu pun, kebiasannya, manusia akan lupa mimpinya sendiri selepas bangun daripada tidur.

Lucid dream ini selalunya akan terjadi ketika peringkat tidur R.E.M (rapid eye movement) – yes, macam tajuk lagu Ariana Grande tu! – di mana ketika peringkat ini, tidur seseorang individu yang sangat nyenyak, berlaku sleep paralysis, dan dalam tak sedar, bebola mata kita akan bergerak-gerak ketika kita tidur.

via GIPHY

Kalau ikut kitaran normal tidur manusia, fasa tidur R.E.M ni akan berlaku pada pukul 3.00 hingga 5.00 pagi macam tu. Sebab tu, kalau perasan, mimpi akan berlaku waktu kita dah nak dekat-dekat bangun.

Okay back to the lucid dream, tahukah sis sekalian, sebenarnya lucid dream ni boleh kita kuasai? Ikut kajian, 10% daripada populasi manusia yang boleh kuasai lucid dream.

Ketika lucid dreaming, kita bukan sahaja boleh sedar bahawa kita sedang bermimpi, tetapi kita juga boleh kawal naratif mimpi tersebut. Pergh, power do! Bolehlah nanti nak mimpi jumpa Remy Ishak. Eh?

via GIPHY

Tetapi untuk mencapai lucid dreaming, sebenarnya perlukan latihan yang Panjang. Ini kitorang senaraikan, teknik supaya sis semua boleh kawal mimpi sendiri (like, literally)!
Sediakan persekitaran tidur yang selesa

Sebenarnya mimpi sangat berkait rapat dengan persekitaran dan cara kita tidur. Jadi, untuk capai lucid dream, engkorang kenalah pastikan tempat tidur tu bersih dan selesa. Lagi satu, kalau tak penakut, tidur dalam gelap yang total. Lampu meja pun jangan pasang. Pakai topeng mata dan ear plug, kalau perlu. Tidur pasti lebih nyenyak.

via GIPHY

Rajin-rajinkan diri buat jurnal mimpi

Ini penting, sis! Latih diri untuk buat jurnal setiap mimpi yang kita alami, kalau boleh bangun je tidur terus catat. Ini kerana selepas bangun tidur, selalunya kita cenderung untuk lupa mimpi tu kemudian. Perincikan mimpi tersebut dalam jurnal, macam, siapa yang ada dalam mimpi tu, apa yang jadi dan sebagainya.. Dan paling penting, perhatikan pattern mimpi kita tersebut dari malam ke malam.

Latih diri buat reality check

Biasa tengok tak dalam drama atau filem, seseorang watak tu lalui sesuatu peristiwa dan dia cubit pipi sendiri untuk pastikan dia mimpi atau tidak. Itulah yang kita panggil ‘reality check’.

Ha dah tahu kan? lepas ini boleh amalkan

via GIPHY

Sumber:

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement