Connect with us

Hiburan

Arja Lee Kongsi 300 Gambar Putih Bukan Kerana Sakit Jiwa, Sebaliknya…

Ramai yang hairan dengan tindakan pelakon dan penyanyi, Arja Lee apabila dia memuat naik lebih daripada 300 gambar putih di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Published

on

Ramai yang hairan dengan tindakan pelakon dan penyanyi, Arja Lee apabila dia memuat naik lebih daripada 300 gambar putih di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Malah, ada segelintir netizen menganggap pelakon itu sengaja mencari publisiti murahan serta dilabel sedang mengalami sakit jiwa.

Cepat betulkan orang buat spekulasi tentang pelakon Drama Bahagia Bukan Bidaan ini tanpa usul mengetahui terlebih dahulu apa sebabnya.

Sebenarnya, Arja tidak mengalami apa-apa penyakit malah akaun Instagramnya juga tidak digodam oleh mana-mana pihak.

Tindakannya itu hanya bertujuan ingin memulakan kehidupan baru dan mahu dikenali sebagai nama Azharudin Ramli serta melupakan kisah lalu.

Dalam pada itu, Arja juga mengakui selesa dengan keadaan sekarang dan tumpuannya kini adalah kepada pelajaran selepas mengambil keputusan untuk menyambung pengajian di sebuah Universiti dalam bidang teater.

Mahu menjadi seorang penyarah suatu hari nanti, Arja turut memaklumkan dia masih aktif di InstaStory untuk berkongsi aktiviti hariannya bersama peminat kesayangan.

Apa pun, semoga cita-cita Arja untuk menjadi seorang pengajar tercapai dan terus sukses dalam kehidupan.

 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement