Connect with us

Hiburan

Aris Ariwatan Sebak “Dijemput” Ke Tanah Suci

Semoga selamat pergi dan pulang..

Published

on

Siapa yang tak kenal dengan penyanyi yang mendendangkan lagu “Lamunan Terhenti” Aris Ariwatan ni kan?

Malah, lagu-lagunya masih lagi menjadi siulan orang ramai atau masih diputarkan menerusi radio sehingga ke hari ini.

Menerusi satu temubual Aris tidak dapat  menahan sebak selepas mengenang keluarga dan peminat yang sentiasa mendoakan kebaikan buat beliau.

Dia yang terpilih sebagai salah seorang jemaah haji bagi musim 1440 Hijrah mengalirkan air mata ketika ditanya perasaannya selepas dijemput ke Tanah Suci.

“Saya sebenarnya terkejut sebab ujian terbesar sebelum saya berangkat ini terlalu banyak persembahan, terlampau sibuk sampai saya tidak dapat ikut Kursus Perdana Haji kerana saya memenuhi undangan.”

Jelas Aris lagi, dia turut membawa doa Allahyarham abang dan kakaknya ke tanah suci yang banyak memberi inspirasi dalam kerjayanya sebagai seorang penyanyi.

Ditanya mengapa menangis, dia pada awalnya bercadang untuk membawa kesemua keluarga untuk mengerjakan Haji tetapi rezeki buatnya dan isteri pada tahun ini.

Aris dan isterinya Maria M.Nur berlepas menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6.20 petang Ahad dan dijangka tiba pada 9.55 malam di Lapangan Terbang antarabangsa Raja Abdulaziz, Jeddah.

 

Foto dari: Berita Harian

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement