Connect with us
Kool FM

Berita

Apa Kejadah Bil Elektrik Melambung Tinggi? Ini Penjelasan TNB!

Ramai terlepas pandang ni

Published

on

Seperti yang ramai sedia maklum, bagi meringankan beban rakyat Malaysia ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, kerajaan mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat, PRIHATIN pada 27 Mac 2020.
Satu persatu inisiatif telah dilaksanakan termasuklah pemberian diskaun penggunaan elektrik.
Namun, tular pula apabila ada pengguna menerima bil elektrik dan mendakwa bayaran yang perlu dijelaskan meningkat disebabkan bil yang melambung tinggi.
Semasa berbicara dengan AG dan Muaz di Kool FM, Ketua Pegawai Retail TNB, Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan yang dihubungi memberi penjelasan untuk pemahaman yang sebenar.

“Analisa TNB sendiri, bagi sektor kediaman, didapati ada peningkatan 20% hingga 50% penggunaan elektrik…”

Menurutnya, antara tindakan yang diambil semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan, ialah pemberhentian bacaan meter di tapak pada bulan Mac dan April. Sebagai gantinya, mereka mengeluarkan bil-bil anggaran sahaja kepada pengguna berdasarkan penggunaan elektrik sebelum PKP iaitu di bulan Februari.
Tambahnya lagi, apabila mereka mula membuat bacaan meter di tapak, bacaan sebenar diperoleh, dan ia diselaraskan kembali dengan bacaan-bacaan meter bil anggaran 3 bulan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Dengarkan penjelasan selanjutnya di bawah:

Menurutnya lagi,

“Hujung bulan Jun kita dapat berikan bil sebenar kepada pengguna”

Jika masih ada pertanyaan lanjut berkenaan perkara ini, anda boleh menghubungi TNB melalui talian 1300 88 5454, atau emel ke [email protected], selain boleh mengunjungi Kedai Tenaga berhampiran.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement