Connect with us
Kool FM

Berita

Apa Itu Kawalan Kendiri? Kenapa Ia Penting? Ini Jawapannya

Pokoknya, kita harus berdisiplin!

Published

on

Kawalan kendiri atau self-control ialah satu kemampuan untuk mengawal diri daripada melakukan sebarang perkara demi sesuatu kebaikan atau peraturan yang harus ditetapkan atau diterapkan dalam diri sendiri.

Contohnya jika kita berada dalam pusat beli belah, self-control yang boleh dilakukan termasuklah tidak membeli sebarang perkara berkemungkinan mahu menyimpan wang yang kita miliki atau berpuasa daripada membeli-belah disebabkan tidak mahu mengikut kehendak.

Begitu juga dengan apa yang dilakukan oleh kerajaan ketika ini. Pada 5 Mei 2020, kerajaan masih lagi mengekalkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), dan ada juga negeri yang telah memulakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

PKPB ini membenarkan masyarakat dan orang awam untuk keluar dari rumah namun mereka perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan termasuklah perlu mempunyai kawalan kendiri.

 Rajah di bawah ini menunjukkan beberapa kawalan kendiri yang boleh dijadikan panduan:-

COVID-19 : Apa itu kawalan kendiri?

Tapi tahukah anda mengapa ia penting untuk diikuti?

Menurut petikan Berita Harian, pakar perubatan menjangkakan COVID-19 akan berada dalam masyarakat selama dua tahun, namun kerajaan tidak boleh melaksanakan PKP selama tempoh itu dan perlu membuka semula sektor ekonomi.

Jadi, rakyat Malaysia itu sendiri yang perlu melakukan kawalan kendiri. Sebagai contoh, Taiwan. Negara itu tidak melaksanakan PKP tetapi mempunyai jumlah kes dan kematian akibat COVID-19 antara yang terendah di dunia. Ini kerana rakyatnya yang berdisiplin dalam menjaga keselamatan diri daripada jangkitan.

Tanggungjawab menjaga diri dan keluarga adalah daripada disiplin kita dan kita mesti melakukan kawalan kendiri demi keselamatan kita.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement