Semasa & Hiburan
Anzalna ‘Melaram Sakan’ Sejak Hamil
Siapa peminat setia Anzalna Nasir cuba angkat tangan!
Siapa peminat setia Anzalna Nasir cuba angkat tangan!
Ha…seperti anda sedia maklum pelakon Anzalna Nasir kini sedang hamil anak sulung.
Menerusi laman Instagram pelakon ini, mesti ada yang perasan Anzalna kerap memuat naik foto dan videonya yang penuh bergaya walaupun tengah sarat mengandung!
Menurut Anzalna, sejak hamil dia gemar melaram dengan memakai bulu mata palsu dan kanta lekap terutama ketika keluar rumah.
Haih, patutlah makin berseri-seri wajah ibu mengandung ni…siapa tahu mungkin Anzalna bakal mendapat cahaya mata perempuan kan?
Tetapi untuk pengetahuan anda, Anzalna dan suami sebenarnya sudah mengetahui jantina bayi namun enggan mendedahkan sebarang butiran.
“Kami sudah mengetahui jantina bayi, namun saya dan suami sepakat tidak mahu mendedahkan sehinggalah hampir bersalin nanti. Buat masa sekarang, saya dan suami sahaja yang tahu. Keluarga pun tidak tahu.
“Saya sendiri tidak kisah bayi lelaki atau perempuan asalkan dia lahir dalam keadaan sihat walafiat. Saya juga akan mengadakan majlis doa selamat untuk mendedahkan jantina bayi kelak,”katanya.
Anzalna berkahwin dengan ahli perniagaan, Muhamad Hanif Mohamad Zaki pada 22 Februari 2016 dan dijangka bersalin anak pertama pada bulan Jun depan.