Connect with us
Webinar Kool

Gaya Hidup

Anugerah Yang Dah Berjaya Dimenangi Oleh Filem Joker

Published

on


Sejak mula ditayangkan pada 3 Oktober 2019 di seluruh dunia, filem Joker antara filem yang dikatakan filem terhebat yang pernah dihasilkan pada tahun 2019. Ada yang pergi tengok kat wayang sampai 3 atau 4 kali sebab nak kaji betul-betul apa sebenarnya yang cuba disampaikan dalam filem Joker lakonan Joaquin Phoenix dan diarahkan oleh Todd Phillips. Ada gak yang beranggapan, apa yang berlaku dalam filem Joker tu semuanya ilusi dan halusinasi yang berlaku kepada Arthur Fleck, seorang pelawak yang gagal, disisihkan oleh masyarakat sekeliling.

Masuk je tahun 2020, tiba masanya untuk kita saksikan sama ada filem Joker mampu untuk menang anugerah atau tak di beberapa majlis anugerah filem di Hollywood. Belum pun mula ditayangkan kepada umum, filem Joker dah menang satu anugerah sebenarnya iaitu anugerah Golden Lion di Festival Filem Antarabangsa Venice yang berlangsung pada 28 Ogos sehingga 7 September 2019, anugerah tertinggi yang disampaikan di Festival Filem Antarabangsa Venice.

Pada 9 Disember 2019, filem Joker diiktiraf oleh Guinness World Record, filem pertama yang diklasifikasikan sebagai R-rated berjaya mencecah kutipan sebanyak 1 Billion US Dollar. Filem R-rated merupakan filem yang hanya boleh ditonton oleh penonton bawah umur 17 tahun jika ditemani oleh ibu bapa atau penjaga. R tu bermaksud Restricted.

Anugerah terkini yang baru je diterima oleh filem Joker adalah di majlis anugerah Golden Globe Awards yang berlangsung pada 5 Januari 2020. Filem Joker berjaya menang 2 anugerah utama di Golden Globe Awards iaitu Best Actor – Motion Picture Drama yang dimenangi oleh Joaquin Phoenix dan Best Original Score yang dimenangi oleh Hildur Guðnadóttir selepas menerima 4 pencalonan secara keseluruhan.

Satu lagi majlis anugerah ternama yang bakal berlangsung pada 9 Februari 2020, Academy Awards atau juga dikenali sebagai Oscars, akan menyaksikan filem Joker sekali lagi bertanding dengan filem-filem gempak yang lain untuk merebut anugerah utama yang bakal disampaikan di Academy Awards.

Filem Joker menerima 11 pencalonan di Academy Awards antaranya anugerah Best Picture, Best Director, Best Adapted Screenplay, Best Actor, Best Cinematography dan Best Original Score.

KATALAKI: Rasanya filem Joker patut ada sequel atau pun tak?

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement