Connect with us
Kool FM

Berita

Antara Tapau Dan Penghantaran Makanan, Mana Lebih Selamat?

Basuh tangan selalu okay!

Published

on

Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan sejak 18 Mac lalu telah dilanjutkan kerajaan sehingga 14 April 2020 susulan wabak Covid-19.

Bagi mereka yang gemar masuk ke dapur sudah tentu mula berasa bosan asyik memasak menu yang lebih kurang sama, bukan?

Untuk menukar selera dan sedapkan tekak, pasti ada yang terfikir mahu tapau sahaja makanan di restoran berhampiran atau pun menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan.

Jimat masa dan jimat tenaga. Namun, selamat ke?

Dalam segmen Kool Talk bertarikh 30 Mac, penyampai Kool FM iaitu Haiza dan Muaz telah membincangkan isu ini dengan mendapatkan beberapa pendapat serta pandangan daripada pendengar.

Jika membuat pesanan makanan secara online, aspek keselamatan penghantar makanan antara perkara yang dikhuatiri masyarakat.

Bekerja dalam tempoh waktu yang lama juga mampu menyebabkan mereka berisiko tinggi untuk terdedah kepada jangkitan Covid-19.

Sekiranya tapau makanan pula, tahap kebersihan ketika sesebuah restoran itu menyediakan makanan turut mengundang kerisauan dan tanda tanya seperti “adakah tangan mereka bersih atau adakah mereka mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid-19?”.

Ketika negara di dalam waktu darurat ini, tidak dinafikan ia menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk sentiasa peka terhadap kebersihan dan keselamatan diri.

Menurut pemanggil bernama Nor, beliau mengakui sudah ketandusan idea untuk memasak di rumah. Beliau juga bersetuju dengan membuat pesanan makanan melalui online dapat memberi lebih masa untuk beliau berehat dan ‘tutup dapur’.

Pesanan beliau kepada rider atau pembonceng di luar sana, adalah untuk tidak memakai sarung tangan ketika membuat penghantaran makanan, sebaliknya menggunakan hand sanitizer sekerap mungkin agar tahap kebersihan lebih terjamin.

Dalam pada itu, Haiza dan Muaz juga sempat mendapatkan nasihat daripada Dr Sakinah Sulong, Pakar Perubatan Keluarga, Pejabat Kesihatan Daerah Johor Bahru.

Kata beliau, setiap rider atau pembonceng yang membuat penghantaran makanan seharusnya memakai mask dan membasuh tangan menggunakan sabun agar dapat melindungi diri daripada terkena jangkitan virus.

Kepada pelanggan pula, mereka disarankan untuk segera membasuh tangan sebaik sahaja menerima pesanan makanan.

Hal ini kerana, kuman dapat hidup di permukaan plastik selama dua atau tiga hari.

Beliau ketika dihubungi turut memberi idea kepada golongan yang mahu membantu memerangi wabak Covid-19 dengan meyumbangkan mask serta hand sanitizer kepada penghantar makanan agar tahap kebersihan dan keselamatan terjamin.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement