Connect with us
Hot Kool Jam

Donna

Antara Sebab Anda Tidak Perlu Kawan Ramai Dalam Hidup

“Ketika anda susah dan bersedih, anda boleh bilang dengan jari siapa sahabat sejati sebenarnya yang sanggup menangis bersama.”

Published

on

“Ketika anda susah dan bersedih, anda boleh bilang dengan jari siapa sahabat sejati sebenarnya yang sanggup menangis bersama.”

Seronoknya alahai ada ramai kawan-kawan. Nak ajak teman membeli-belah senang, kalau jual barang pun laku, maklumlah kawan ramai, mesti ada yang nak beli. Betul ke lagi ramai kawan lagi sempurna hidup anda?

Pernah tak anda terfikir untuk menilai semula kawan? Tidak perlu rasa bersalah dan jangan risau jika orang kata anda seorang yang memilih kawan. Memang orang yang bijak adalah mereka yang tahu pilih kawan yang bermanfaat.
Ini antara sebab anda tidak perlu mempunyai sahabat yang ramai dalam hidup.

  •  Anda boleh miliki berapa ramai sahaja kawan yang anda inginkan. Tetapi sahabat atau BFF istilah Best Friend Forever cukuplah sekadar tidak lebih dari 10 orang. Lagi kurang lagi bagus tau! Justeru, apa kata selepas ini anda mula hargai kawan anda seorang demi seorang dan nilai sejauh manakah dia menghargai diri anda.

 

  • Ramai kawan bermaksud anda perlu ada komitmen dan melayan segala drama swasta daripada mereka. Usia dah meningkat, kadangkala penat dengan karenah segelintir kawan yang lebih banyak beremosi daripada ‘cerdik’.

 

  • Bila ada ramai sangat teman rapat, kadangkala boleh menimbulkan pergaduhan sesama anda dengan kerap. Tidak mustahil ada yang inginkan perhatian yang lebih daripada anda, maka mereka sanggup melagakan atau memburuk-burukkan rakan yang lain.

Untuk mengetahui lebih lanjut, klik sini
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement