Connect with us
alt_img>

Berita

Anda hanya boleh 'forward' 5 mesej sahaja di WhatsApp!

Pengguna WhatsApp hanya boleh forward lima mesej sahaja pada satu-satu masa

Published

on

Yang suka forward forward mesej tu, ini mesej daripada WhatsApp yang anda wajar forward:
Pengguna aplikasi WhatsApp di seluruh dunia cuma boleh memanjangkan mesej, atau forward kepada lima penerima pada satu-satu masa, dalam usaha syarikat itu memerangi ‘salah maklumat dan khabar angin’.

Kata Naib Presiden dasar dan komunikasi WhatsApp,

“Kami mengehadkan lima mesej sahaja di seluruh dunia bermula semalam.”

Sebelum ini, pengguna aplikasi itu boleh memanjangkan mesej kepada 20 individu atau kumpulan.
Had lima penerima itu diperluaskan ke seluruh dunia selepas ia mengenakan tindakan itu di India Julai lalu susulan penyebaran khabar angin di media sosial yang membawa kepada pembunuhan dan cubaan membunuh.
WhatsApp, yang mempunyai 1.5 bilion pengguna, cuba mencari jalan menghentikan salah guna aplikasi itu, susulan kebimbangan global bahawa ia digunakan untuk menyebarkan berita palsu, memanipulasi gambar, video tanpa konteks, dan audio palsu, dengan tiada cara memantau asal berita.
 

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement