Connect with us
On Air Di Kool

Gaya Hidup

Anda Dianggap Biadap Kalau Cakap 4 Benda Ini Dengan Wanita Yang Tiada Anak

Published

on


Tak tahu kenapa, kita semua menjangkakan perempuan perlu berkahwin dan mempunyai anak pada umur tertentu. Jika seorang perempuan masih lagi belum berkahwin pada umur 30 tahun, mulalah ada yang nak melabelkan diri sebagai anak dara tua.

Sumber: Popsugar

Kalau sudah berkahwin, tapi belum memiliki anak setelah dua tahun berkahwin. Mesti ada sahaja mulut yang bertanya kenapa tak ada anak lagi. Sebab tak subur ke? Sebab tak bersedia ke? Sebab tak bersama dengan suami ke? Bertubi-tubi soalan yang buat panas telinga.

Tapi, mungkin juga ada orang yang tak tahu bahawa pertanyaan sebegitu sebenarnya sangat sensitif. Jadi, dalam artikel kita akan bincangkan apakah antara pertanyaan  atau kata-kata yang haram dilontarkan kepada seseorang yang tak ada anak.

BACA: Sadis! Lepas Diceraikan, Ibu  Dan 5 Anak Kecil Tidur Dalam Kereta 5 Hari

 

Bila nak ada anak?

Nampak macam soalan ini biasa sahaja kan? Tapi bagi sesetengah orang, soalan sebegini boleh membuatkan mereka terguris. Kita tak tahu ujian dan masalah yang dialami oleh setiap pasangan. Mungkin ada orang yang begitu menginginkan anak namun tahap kesihatan mereka tak mengizinkan. Mungkin ada yang pernah mengandung, tapi keguguran.

via GIPHY

Kenapa tak ada anak?

Tak semua orang boleh mengandung dengan cepat. Kadangkala, wanita juga berhadapan tentang pelbagai masalah menyebabkan proses untuk mendapatkan anak tidak mudah. Bayangkan mereka sudah melakukan segala usaha untuk mendapatkan anak, namun usaha mereka belum menjadi. Kesedihan mereka semakin berganda-ganda apabila menerima soalan sebegini seolah-olah merendahkan usaha mereka.Dan anda juga perlu ingat, masalah kesuburan bukan hanya wanita sahaja mengalaminya. Mungkin sahaja si suami yang mempunyai masalah dan kita tidak tahu dan tidak perlu tahu tentang perihal mereka.

BACA: Kenapa Nak Pukul Anak? Suami Isteri Bergaduh Berebut Hak Penjagaan Anak

Belum cukup ‘ wanita’ selagi tidak menjadi ibu

Ada orang yang merasakan mempunyai anak adalah suatu kewajiban. Namun, ada juga yang merasakan perkahwinan tidak hanya semata-mata mempunyai anak sahaja. Ada yang selesa hidup berdua tanpa mempunyai anak. Menjadi wanita tak hanya diukur dengan mempunyai anak yang ramai.

Awak tak ada anak, mana awak nak faham

Jika seseorang itu tidak mempunyai anak, seringkali pendapatnya dianggap tidak relevan. Walaupun seseorang itu tidak mempunyai anak, bukanlah bermakna dia tak tahu langsung tentang penjagaan kanak-kanak. Boleh jadi mereka seseorang yang rajin membaca tentang kanak-kanak atau pernah mempunyai pengalaman menjadi cikgu taska.

via GIPHY

Apapun, tak semua perkara kita boleh tanyakan atau lafazkan sesuka hati. Kadang-kala ia bersifat sangat privasi yang wajar kita hormati. Ingat, kerana mulut badan binasa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Parentmap

Sumber:

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement