Connect with us
Kool FM

Berita

Anak Malaysia Terima Biasiswa NASA, YB Khairy Jamaludin Tumpang Gembira!

Tahniah anak muda!!

Published

on

“Jika tidak dipecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya,”

Itulah peribahasa yang membawa erti peluang itu tidak akan datang bergolek jika tiada usaha. Justeru, jika anda mahu mencapai kejayaan, anda perlulah kuat menghadapi cabaran tanpa mudah berputus asa.

Perkara tersebut telah terjadi kepada seorang anak Malaysia, Azhar Ali yang terkejut apabila National Aeronautics and Space Administration (NASA) menghubunginya dengan menyatakan dia telah berjaya memperoleh biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke peringat ijazah.

Menerusi laman Twitter miliknya, pemuda berusia 20 tahun itu tidak menyangka akan mendapat tawaran biasiswa itu sebagai ganjaran selepas menyertai cabaran reka bentuk sut angkasa lepas bagi misi Artemis pada 2024.

“NASA is giving me a scholarsip!? Ya Allah, I never thought of of this when I joined the Artemis Challenge. Alhamdulillah. The challenge was to design a spacesuit that would adjust to the Artemis 2024 mission to Mars,” tulisnya.

Pihak NASA turut tidak lupa berterima kasih atas masa dan usaha dalam membantu pihak mereka menyelesaikan cabaran tersebut sekaligus mengiktiraf Azhar sebagai ‘Citizen Scientist’.

Posting berkenaan menerima lebih daripada 4,000  perkongsian selain dihujani komen orang ramai yang mengucapkan tahniah serta mendoakan kejayaan beliau pada masa hadapan.

Lebih menarik lagi apabila ciapan tersebut turut mendapat perhatian daripada Ahli Parlimen Rembau merangkap Menteri Sains dan Teknologi dan Inovasi YB Khairy Jamaluddin.

Tahniah daripada Kool FM, semoga terus berjaya!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement