Berita
Anak Lembu Jatuh Dan Terperosok Ke Dalam Telaga
Penduduk Kampung Bukit Kemboja di Langkawi dikejutkan dengan seekor lembu seberat 80 kilogram yang jatuh dan terperosok ke dalam telaga sedalam dua meter malam tadi.
Penduduk Kampung Bukit Kemboja di Langkawi dikejutkan dengan seekor lembu seberat 80 kilogram yang jatuh dan terperosok ke dalam telaga sedalam dua meter malam tadi.
Kejadian itu disedari oleh salah seorang penduduk, Nur Farah Ishak, 29 yang kemudian menghubungi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) untuk menyelamatkannya.
“Telaga itu sudah lama tidak digunakan penduduk kerana tiada air, tetapi tidak ditutup dengan sempurna,” katanya.
Selepas pihaknya berjaya menghubungi APM, enam anggota dan satu jentera bergegas ke tempat kejadian untuk mengeluarkan lembu terbabit.
Dalam masa setengah jam, anggota APM berjaya menyelamatkan anak lembu itu dengan menggunakan tali dan ia tidak mengalami sebarang kecederaan.