Connect with us
alt_img>

Donna

Anak Kencing Malam Trauma Penjaga Perlu Hadap Setiap Pagi

Boleh haru dan berubah terus ‘mood’ si ibu atau bapa sebaik sahaja bangun tidur.

Published

on

“Pagi yang indah tiba-tiba diganggu dengan situasi anak kencing di atas tilam.”

Boleh haru dan berubah terus ‘mood’ si ibu atau bapa sebaik sahaja bangun tidur. Kencing malam adalah masalah biasa yang sering dihadapi oleh ibu bapa di dunia. Kencing malam atau disebut betwetting terjadi apabila kanak-kanak yang sudah bebas lampin atau berusia 5 tahun dan ke atas tidak dapat mengawal aktiviti kencing mereka semasa tidur. Selain ibu bapa, kencing malam juga memberi tekanan kepada kanak-kanak itu sendiri. Siapa yang inginkan situasi ‘berenang’ di atas air kencing sendiri ketika tidur.

Jika anak kesayangan yang berusia 5 tahun ke bawah masih mengalami kencing malam itu tidak perlu dirisaukan kerana sesetengah daripada mereka mungkin kurang matang dan mahir untuk mengawal fungsi membuang air kecil lagi. Tetapi jika sudah masuk alam persekolah di sekolah rendah dan masih kencing malam, anda sebagai ibu bapa perlu lakukan sesuatu tau.

Selain itu cuba tanya pada atuk atau nenek, adakah ibu bapa sendiri atau ahli keluarga lain pernah mengalami masalah kencing malam selepas umur 5 tahun? Jika ya, faktor genetik ini boleh menyebabkan anak anda mungkin lebih berisiko untuk mendapat primary nocturnal enuresis.  Namun faktor yang paling utama anak kencing malam adalah disebabkan tekanan emosi. Bagi kanak-kanak ini, pihak doktor perlu menyelidik dengan lebih lanjut tentang punca tekanan emosi yang dihadapi oleh mereka. penyebab tekanan emosi adalah sering didera, gangguan pelajaran, buli, mangsa liwat atau rogol. Faktor dan sebab lain anak sering kencing malam adalah:

  • Gemar minuman berkafein seperti kopi, kola, coklat dan teh boleh merangsang penghasilan air kencing yang banyak.
  • Jika mengalami sembelit akan menyebab si kecil kencing malam. Najis yang keras akan sentiasa menekan pada pundi kencing kanak-kanak.
  • Kencing kotor juga penyebab si kecil mengalami kencing malam

Anda nak tahu lebih lanjut? klik sini
Penulis: Donna

Advertisement

Instagram

Something is wrong.
Instagram token error.
Advertisement

Facebook

Advertisement
Advertisement