Connect with us
On Air Di Kool

Semasa & Hiburan

Anak Aziz M. Osman Minta Gambar Depan, Belakang. Reaksinya Lucu!

Semoga hubungan anak dan bapa ini terus harmoni..

Published

on

Hubungan ayah dan anak perempuan memang sukar dipisahkan, walaupun ibu bapa mereka mengambil keputusan untuk berpisah.

Walaupun seseorang anak perempuan itu memiliki ramai abang, adik dan sepupu lelaki, seorang ayah tak akan terganti baginya.

Begitu juga dengan pengarah Aziz M. Osman, yang memiliki seorang anak perempuan yang bernama Puteri Aisya.

Terbaharu, ciapan Puteri tular menerusi laman Twitter susulan gurauan Aziz terhadapnya ketika dia meminta sesuatu daripada ayahnya itu.

Menurut Puteri, dia meminta kad pengenalan ayahnya untuk urusan temuduga. Dia turut memohon agar gambar berkenaan dihantar pada bahagian depan dan juga belakang.

Namun, perkara lucu berlaku apabila Aziz bukan menghantar gambar kad pengenalan, tetapi fotonya ketika itu depan dan juga belakang.

Ciapan berkenaan menarik perhatian netizen dengan perkongsian sebanyak lebih daripada 16,000 selain turut meninggalkan komen-komen positif.

Semoga hubungan anak dan bapa ini terus harmoni dan berkasih sayang sehingga ke akhir hayat..

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement