Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Anak Azhar Sulaiman Dikecam Sering Ber TikTok Walaupun Di Kolej, Tapi Leona Masih ‘Steady’

Apa pula kali ini..

Published

on

Nama anak perempuan kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona terus trending di laman Twitter pada 27 Ogos, selepas mendapat teguran daripada netizen akibat kerap beraksi menerusi aplikasi Tik Tok.

Terbaharu, Leona dikatakan menari di laman berkenaan walaupun dia berada di dalam kolej.

Ciapan yang ditulis itu mendapat perhatian ramai sekaligus dikongsi lebih daripada 4,000 dan tidak kurang yang meninggalkan komen.

Ada juga yang tidak bersetuju dengan kenyataan gadis tersebut dengan mempertahankan aktiviti yang dilakukan oleh Leona.

Bagaimanapun Leona telah tampil menjelaskan situasi sebenar menerusi laman Twitter miliknya.

Leona pada Mac lalu turut hangat diperkatakan apabila dia dan kembarnya Andika Rees Pahamin berjaya meraih pencapaian terbaik dalam SPM 2019.

Jadi dapat disimpulkan di sini bahawa Leona ialah seorang yang bijak dan mustahil gadis itu tidak berfikir tentang akibatnya sebelum dia melakukan sesuatu.

Apa-apa pun masih belum terlambat untuk Kool FM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya buat Leona dan Rees!

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement