Connect with us
Kool FM

Berita

“Anak-Anak Tak Mengadu, Makan Apa Sahaja” Permaisuri Buka Cerita Kuarantin

Ada yang nak KFC ke tu..

Published

on

Berikutan tujuh petugas Istana Negara dikesan positif COVID-19, Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri ketika ini sedang menjalani proses kuarantin diri selama 14 hari bermula 25 Mac 2020.

Bagaimanapun menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, sudah menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19 serta disahkan negatif.

Sementara Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan berkenaan, Permaisuri yang ketika ini sedang menjalani proses kuarantin sempat mengemaskini laman sosial Instagram miliknya dengan berkongsi kisah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di Malaysia.

Menurutnya, mereka bertadarus sesama sendiri bagi mendoakan semoga wabak ini akan dihapuskan oleh Allah S.W.T.

“Saya sekeluarga duduk berasingan dalam bilik masing-masing, lambai dari jauh sahaja, kami tidak dibenarkan visitors dan juga tidak ada sesiapa dibenarkan naik ke atas istana. Hanya kami sahaja di atas.”

Permaisuri turut memaklumkan mereka tidak menggunakan khidmat pelayan dan bodyguard, selain mencuci dan mengemas bilik sendiri.

Tegasnya lagi, Permaisuri mengajak rakyat Malaysia menghapuskan wabak tersebut daripada merebak dengan duduk di rumah.

“Alhamdulillah anak-anak saya semua faham dan tidak ada yg complain, semua baik-baik duduk dalam bilik dan makan apa sahaja yang saya order,” tulis Permaisuri berseloroh.

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement